1.
Anda perlu bincang dengan pasangan berapa dulang yang perlu anda
sediakan dan senaraikan barang-barang hantaran kedua-dua belah pihak
2.
Tetapkan kombinasi dulang hantaran yang sedikit pihak lelaki dan
lebih pihak perempuan, sebaiknya biarlah mengikut adat dengan angka
ganjil. Jika lelaki bagi 11 dulang hantaran..pihak perempuan kena
balas 13 dulang.
3.
Dalam senarai barang perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan
diri, makanan, buah tangan (contoh pihak lelaki bagi sepasang baju
kurung, kasut, beg tangan, set perfume, kek, buah, coklat) .
4.
Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan tray yang anda
guna. pastikan anda tau saiz tray jika tidak semua barang tak muat
untuk digubah.
5.
Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar pasti
sukar nak mengubahnya kebanyakkan tray dalam saiz yang sederhana dan
kecil.Contohnya pilihlah saiz bag tangan bersaiz sederhana atau
kecil.
6.
Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran
pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Utk
hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang
pada anda tapi jika ada lebih baik.
7.
Pilih warna barang hantaran anda mengikut tema warna hantaran. Ini
penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran

No comments:
Post a Comment