Friday, March 28, 2014
STICKER KAHWIN
Kami juga menyediakan perkhidmtan untuk membuat sticker.kami juga menerima design daripada customer.
TERMA & SYARAT-SYARAT TEMPAHAN
1. Tempahan utk gubahan hantaran hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tarikh perkahwinan @ penghantaran.
2. Deposit sebanyak 50% diperlukan untuk mengesahkan tempahan. Jika tempahan dibatalkan, deposit tidak akan dipulangkan.
3. Baki bayaran hendaklah dijelaskan sebelum penghantaran atau semasa penghantaran.
4. Segala bayaran hendaklah dibuat di akaun MBB. No. Akaun akan diberitahu kemudian.
5. Sila email atau sms nama penuh, alamat, No. Tel, jenis tempahan@booking & bukti bayaran di srimpiancollections@gmail.com setelah bayaran dibuat.
Sekian,terima kasih
016-372 5862
Monday, March 17, 2014
Perkara Penting Berkaitan Dulang Hantaran
Setiap
daripada kita tanpa mengira majlis yang ingin diraikan, baik pertunangan
ataupun majlis pernikahan, pastinya akan berbalas hantaran antara lelaki dan
wanita. Jumlah hantaran daripada pihak lelaki adalah kurang daripada
jumlah hantaran pihak wanita dan pilihan jumlah hantaran adalah dalam kiraan
ganjil. Contohnya pihak lelaki memberi 5 dulang hantaran dan pihak wanita
akan membalas sebanyak 7 dulang hantaran.
Dahulu,
barangan hantaran kebiasannya adalah makanan dan persalinan pengantin. Dengan
peredaran masa, barangan hantaran kini lebih kepada keperluan semasa pasangan.
Gubahannya pula adalah sangat moden dan mengikut tema sesuatu majlis itu.
Penggunaan gabungan bunga artifisial dan juga bunga segar menambahkan lagi
nilai estetika sesuatu gubahan hantaran. Mari ikuti beberapa tip penting
sebelum anda menentukan barangan untuk hantaran serta gubahannya, untuk majlis
bertunang mahupun majlis pernikahan.
Sebelum
memulakan pembelian untuk barangan hantaran anda, adalah penting untuk anda
menyenaraikan kesemua barangan itu. Contohnya alat solek, coklat atau
sebagainya. Seelok-eloknya beli ketika ada jualan murah atau potongan
harga. Jika ada barangan yang setanding barangan berjenama tetapi
harganya lebih murah, pilih barangan tersebut. Tidak perlu terlalu berhabis
hanya untuk jenama semata-mata, sebaiknya untuk barangan hantaran banyakkan
makanan kerana ia boleh dikongsi bersama seisi keluarga anda.
Ini
sangat penting untuk anda kenal pasti apakah barangan yang perlu anda letakkan
nanti di atas dulang hantaran. Itu yang menjadi perkara pokok ketika
menyediakan barangan hantaran. Sebagai contoh, jika daripada pihak perempuan
perlu membalas sebanyak 7 dulang hantaran, 4 daripada dulang itu digunakan
untuk meletakkan barangan makanan seperti kek, kuih muih, buah-buahan serta
coklat dan yang selebihnya adalah untuk barangan peribadi idaman anda.
Ketika
memilih barangan peribadi untuk anda dan pasangan, pergilah berdua agar tidak
ada yang berkecil hati nanti dengan pilihan anda. Dari untuk membuat
kejutan, ia akan menimbulkan kesedihan pula nanti.
Jika
anda tidak mempunyai bajet besar, anda boleh membuat tempahan khas di butik
pengantin dan mereka akan membuat gubahan berdasarkan bajet dan juga kesukaan
anda. Ia juga boleh digubah mengikut warna tema anda sendiri. Anda
juga boleh memilih untuk menggunakan bunga segar ataupun bunga artifisial,
tetapi harganya pasti berbeza
.
Tetapi,
jika anda tidak mempunyai bajet besar ataupun ingin berjimat di dalam
perbelanjaan. Tidak salah untuk hanya mengubah hantaran anda sendiri
menggunakan material yang lebih menjimatkan. Untuk dulang hantaran itu sendiri,
anda boleh menyewa daripada butik-butik pengantin atau beli sahaja di kedai
yang menjual barangan hantaran. Ini kerana dulang hantaran itu boleh
digunakan semula nanti untuk majlis yang lain.
Dapatkan
bunga artifisial mengikut warna tema. Gubahkan ia agar tampak kreatif atau
dapatkan rujukan daripada majalah Pesona Pengantin untuk gubahan hantaran dan
cara susunan barangan yang betul.
Thursday, March 13, 2014
Monday, March 10, 2014
Friday, March 7, 2014
Monday, March 3, 2014
Friday, February 28, 2014
HANTARAN YANG SEMPURNA
1.Pastikan warna alas dulang atau
dulang sesuai dgn bunga hantaran yg dipilih,untuk pengetahuan anda,alas dulang
dan hiasan tidak perlu dr tone warna yg sama,jika anda inginkan dekorasi yg
menyerlah,pemilihan warna yg kontra juga elok.
2. Barang hantaran yg dipilih perlu sesuai dgn warna bunga , warna alas dulang,saiz dan bentuk gubahan.
3. Cuba elakkan penggunaan double tape dlm gubahan hantaran untuk mengelakkan barang jadi rosak.
4. Untuk memudahkan anda membuat pembentukan reben hiasan gunalah reben yang berdawai ditepi dan bersaiz besar.
5. Jika anda menggunakn bunga segar pastikan span basah dicelup air dan dibalut dulu.
Wednesday, February 26, 2014
7 Tip Memilih Barang Hantaran
1.
Anda perlu bincang dengan pasangan berapa dulang yang perlu anda
sediakan dan senaraikan barang-barang hantaran kedua-dua belah pihak
2.
Tetapkan kombinasi dulang hantaran yang sedikit pihak lelaki dan
lebih pihak perempuan, sebaiknya biarlah mengikut adat dengan angka
ganjil. Jika lelaki bagi 11 dulang hantaran..pihak perempuan kena
balas 13 dulang.
3.
Dalam senarai barang perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan
diri, makanan, buah tangan (contoh pihak lelaki bagi sepasang baju
kurung, kasut, beg tangan, set perfume, kek, buah, coklat) .
4.
Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan tray yang anda
guna. pastikan anda tau saiz tray jika tidak semua barang tak muat
untuk digubah.
5.
Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar pasti
sukar nak mengubahnya kebanyakkan tray dalam saiz yang sederhana dan
kecil.Contohnya pilihlah saiz bag tangan bersaiz sederhana atau
kecil.
6.
Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran
pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Utk
hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang
pada anda tapi jika ada lebih baik.
7.
Pilih warna barang hantaran anda mengikut tema warna hantaran. Ini
penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran
RESEPI TALAM SUJI
bahan2
lapisan
atas
1cwn tepung suji
3 cwn santan cair
1/2 cwn gula pasir
sedikit garam
sedikit pewarna telur
lapisan bwh
1cwn santan pekat
2 sudu besar tepung gandum
1cwn gula merah @ gula melaka
sedikit garam.
cara2
- masak semua bhn lapisan bwh dlm periuk dan kacau
atas api
perlahan hingga masak
- masukkan dlm loyang dan
ratakan
- kukus 5-7min
- adunkan semua bahan lapisan atas,masak sekejap
- tuang atas lapisan bwh dan kukus lg selama
20min
PETUA RAWAT DEMAM DENGGI
Ambil 2 helai daun betik yang
hijau dan segar, tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua. Basuh daun dengan
air sehingga bersih. Buangkan bahagian batang daun betik tersebut dan
carik-carikkan bahagian daun sahaja. Giling atau tumbuk daun tersebut sehingga
lumat/berair.
Perah jus daun tersebut. Anda akan dapat anggaran dua sudu makan jus daun betik.
Minum jus daun betik 2 kali sehari (1 sudu pagi dan 1 sudu petang). Tidak perlu tambah air atau masak jus daun betik tersebut. Rasanya memang pahit tapi mujarab. Amalkan setiap hari sehingga sembuh
Perah jus daun tersebut. Anda akan dapat anggaran dua sudu makan jus daun betik.
Minum jus daun betik 2 kali sehari (1 sudu pagi dan 1 sudu petang). Tidak perlu tambah air atau masak jus daun betik tersebut. Rasanya memang pahit tapi mujarab. Amalkan setiap hari sehingga sembuh
kek choc moist chesse leleh
UTK KEK
1 cwn tpung gndum
1/2 sk soda bikabonat
1/2 cwn serbuk koko
1/2 sk baking powder
2 biji telur
1 cwn gula pasir
1 sk esen vanila
secubit garam
1/2 cwn air pns
1/2 cwn susu cair
1/2 cwn myk msk
CARA2
pukul telur + gula sampai kembg
masuk esen + garam
masuk air panas + myk msk+susu cair
masuk tepung+soda+b.powder+serbuk koko..sampai sebati
kukus 1 jam
UTK CHESE
250 G cream chese
1/2 cwn susu cair
1/2 cwn susu pekat
blender smpi sebati
lapiskan kek & chese...
selamat mencuba
TUTUP AURAT
wanita tidak dwajibkan
tutup aurat kerana 3 perkara
1 : kerana gila
2 : kerana belum
akil baligh
3 : kerana ia bukan
islam
maka apabila kita melihat wanita yang tidak menutup
aurat bersangka baiklah kerana mungkin dia gila atau belum akil baligh atau dia
bukan islam (walaupun orang malayu) malayu xsemestinya islam.
WAHAI WANITA SEKALIAN TUTUP LAH AURAT MU SEBELUM
...
KAFAN MENUTUP MU....
Ustaz Muhammad Hamdan
Tuesday, February 11, 2014
PERSONALITI DAN WARNA
PERSONALITI
DAN WARNA
Setiap
manusia mempunyai warna kegemaran .Warna kegemaran dapat memberi
sedikit gambaran tentang peribadi seseorang. Menurut kajian yang
dilakukan oleh pakar jiwa, perubatan dan pakar psikologi bagi
mendapatkan ketepatan maklumat mengenai personaliti manusia melalui
pemilihan warnanya.
Biru
muda: Pengasih dan penyayang
Biru
tua: Rajin dan penuh dedikasi
Oren:
Bersemangat dan komited
Kuning:
Ceria dan sentiasa bersangka baik
Hijau:
Tenang dan tidak banyak karenah
Merah:
Berani dan emosional
Ungu:
Kejayaan dan sikap positif
Hitam
: Rasmi, serius atau hiba
Coklat:
Matang dan bertanggungjawab
Putih:
Bersih dan amanah
Subscribe to:
Comments (Atom)













.jpg)



















